KENAPA ANDA PERLU MINUM AIR?
Kita memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 60-70% tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup sehingga 70 hari tanpa makan tetapi hanya bertahan sehingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kesihatan. Air juga penting sebagai ajen
yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh serta membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil. Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum 8 gelas air dalam sehari. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah 2 gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, 2 gelas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan 2 gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.
BERAPA BANYAK AIR YANG SEHARUSNYA KITA MINUM?
2 liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan 8 gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi(panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih daripada 8 gelas air sehari.
AIR ADALAH KEPERLUAN KEDUA SETELAH UDARA BAGI TUBUH ANDA
Tubuh kita terdiri daripada 70% air dan 30% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air digunakan sehari. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.

MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.

MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Air juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air. Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil daripada penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.

TUBUH BERASID PUNCA PENYAKIT
Sel yang sihat adalah bersifat alkali tetapi sel barah bersifat asid. Dalam jangka masa yang panjang, sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam tubuh akan menyebabkan gangguan pembekalan khasiat dan oksigen kepada sel-sel tubuh. Ini akan mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh, penuaan dan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, barah, penyakit ginjal dan lain-lain. Pencemaran air, udara dan tekanan hidup turut menjadi faktor yang menyebabkan tubuh kita menghasilkan lebih banyak sisa berasid. Keadaan ini akan memudaratkan kesihatan kita.

KAMUS KESIHATAN
Darah manusia adalah pH 7.4
Air minuman berkualiti pH 7.0-8.5
>20 jenis mineral diperlukan - kalsium,magnesium,fosforus,kalium,besi,selenium dan lain-lain.
Mineral bukan sahaja menguatkan tulang dan gigi, ia juga membantu pertumbuhan otot, menstabilkan kesihatan sistem saraf serta penting dalam kejelitaan kulit, kesihatan jantung dan melambatkan proses penuaan.

Mohamad Zaid
ZAIDEC hot and cool - water dispenser, water filter, water supplier. 820 Jln Ria off Jalan Sempadan, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangpr. Bottled Water Supplier. Today 8:30 am – 5:50 pm
0 comments: